Tiada ‘Soft Power’

Dalam menjelaskan tentang Negara Malaysia dan Indonesia kepada para mahasiswa Korea, saya menekankan kepada dua kata kunci utama iaitu ‘kinship’ (persaudaraan) dan daulat. Kerana dua perkara ini , kedua-dua negara dilihat mempunyai hubungan yang istimewa di balik pelbagai isu yang rencam dan tidak menyeronokkan. Ada banyak negara yang mempunyai ‘hubungan istimewa’ lebih sekadar diplomatik antaranya…

Loading

Read more

Subjektif

Untuk kesekian kalinya, diriku tidak pernah menyesal untuk memulai semula yang bernama tulisan. Yang menjadi sulit untuk menulis bukanlah masa dan rutin, tetapi sikap yang berangkat dari sifat mazmumah. Ku katakan kepada diri, masa tidak pernah berubah konsep kerjanya, tetapi manusia dengan perubahan yang paling sulit dijelaskan, akan mencipta pelbagai alasan melindungi kekaburan diri terhadap…

Loading

Read more

Berjalan dan Menoleh di Gunung Cheongjang

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Aku banyak berjalan sejak menghuni Dongdaemon Gu, salah satu kota besar di Seoul. Pernah suatu petang, aku tersesat jalan dan memakan hampir (atau lebih) 5 kilometer untuk sampai ke rumah. Perjalanan petang ini tidak dapat kulupakan dan paling bersejarah sejak aku menetap di Seoul. Aku rupanya dibawa arah ke Gunung…

Loading

Read more

Ruang Ramadan di Seoul

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Sudah kami lalui dua tahap Ramadan menuju ke minggu terakhir, sungguh pantas dan mencemaskan. Kereta KIA Morning yang kami sewa sebulan ini benar-benar kami manfaatkan, sering membawa kami ke laman Masjid Itaewon, mengusir desir dingin yang belum menghilang. Saya dan suami sebaik mungkin mencermati permintaan Darda’ terutamanya untuk makanan pilihan…

Loading

Read more

Hijrah Kedua

Kami mulai langkah baharu dengan Bismillah. Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mengapa pergi? Jawapannya adalah mencari Cinta di atas cinta. Merawat diri dan hati. Mengembara, berkelana dengan tawakal paling dalam. Sebenarnya, ianya tidak semudah itu. Bilah-bilah hari berlalu antara tahun 2020 hingga akhir 2022 saya lalui dengan payah. Kekuatan pada masa itu adalah…

Loading

Read more

Perasaan ‘Yang Darurat’

Baru-baru ini aku telah membaca sebuah cerpen dari penulis yang aku senangi tulisannya sejak dulu. Cerpen itu berjudul ‘Sekilas…Aku pun Jatuh Cinta.’ Penulisnya, Zainal Rashid Ahmad atau sekarang popular dengan gelar Haji ZRA. Cerpen ini bertemakan cinta romantik. Namun bila membacanya, aku mahu membaca lagi kerana cinta romantik yang dikemukakan penulis amat sadis. Sadis gila!…

Loading

Read more

Aku Sepatutnya Memulakannya Semalam..

Semalam adalah 2 Januari 2023. Semalam adalah ulangtahun hari kelahiranku yang ke 40. Ya Allah, di mana saat itu tiba aku berpesan pada diri; hadiah yang sebenar-benarnya hadiah adalah umur yang bergerak, menandakan aku masih bernyawa untuk mengumpul sebanyaknya amalan untuk bertemu Pemilik umurku. Jadi, aku tidak begitu peduli jika tidak mendapat hadiah dari manusia…

Loading

Read more

Cinta

Kembali ke saat aku merayu-rayu dan Tuhanku memberikan jalur yang lain dari doaku. Dari hari ke hari kurasakan akan jatuh kerana tidak muncul apa yang kudoakan. Sejauh hari yang berlalu, disaat fikiranku beronar-onar dengan salah tafsir pada maksud Tuhanku, terbit pelangi. Bukankah ketenangan, bukankah kekuatan jiwa, bukankah pasangan soleh dan restu ayahbonda, bukankah semuanya itu…

Loading

Read more

Kenapa kau berubah?

Kita tidak memakai kasut yang sama. Kita tidak makan beras yang sama. Kita tidak mencium udara yang sama. Kita tidak melihat wajah yang sama. Kita tidak diuji hal yang sama. Kita tidak dibebani berat yang sama. Itulah jawapan mengapa, kau dan aku telah berubah sekarang. Setelah alam kanak-kanak telah lama menjadi memori Setelah padang tempat…

Loading

Read more

Amalan Pemasaran Nabi SAW

Di zamannya, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan di beberapa pasaran penting di Semenanjung Arab termasuk satu kawasan di Bahrain iaitu ‘Mushaqqar’. Baginda juga mengetahui cara hidup dan cara makan minum masyarakat di Bahrain. Arham (2010) menghujahkan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ciri  segmentasi geografi, demografi dan psikografik dalam perniagaannya. Ini adalah proses mental bagi pengenalan…

Loading

Read more

Agama dan Produk Agama

Ummu Hani Abu Hassan Dengan banyak cermin sosiologi barat, kita selalu ‘kabur’ malah ‘kembali buta’ dalam menilai tradisi agama Islam. Satu topik yang kerap mengalami pertentangan adalah topik ‘Islam dengan ekonomi.’ Oleh kerana kita dalam negara yang mengamalkan ekonomi kapitalis, produk-produk atas nama agama bercambah dek keperluan umat Islam di negara ini. Tambahan, negara kita…

Loading

Read more

Islam akan kembali ke sarangnya: keterasingan

Kita melihat manusia yang bergerak di sekeliling. Yang berjalan. Yang memandu. Yang duduk dan yang berdiri; mereka semua dalam keadaan yang sama iaitu hidup dalam fikiran mereka masing-masing. Dalam bentuk-bentuk fikiran inilah menerjemahkan pilihan yang mahu mereka jalani sebagai the way of life atau cara hidup. Dalam kajian-kajian budaya dan politik (yang asasnya daripada barat)…

Loading

Read more

Mencari Islam di London (Travelog Noorah 10)

Ummu Hani Abu Hassan Kini kusedari bahawa manusia bukanlah mesin peradaban. Yang membentur diri mereka adalah jiwa dan agama. Namun, apabila jiwa dan agama hilang, mereka menjadi mesin yang kaku, umpama robot yang disetkan untuk suatu kemajuan, dan akan musnah pada satu titik. Fana. Selama ini, kujumpai ialah manusia yang hanya bertopengkan wajah manusia, hakikatnya…

Loading

Read more

Cat Steven atau Yusuf Islam?

oleh: Ummu Hani Abu Hassan (Episod 8 Perjalanan Noorah Menjadi Muslim) Di tempat kerjaku, ada seorang jejaka India Muslim bernama Akbar yang gemar bertekak denganku. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu aku adalah separa atheist. Bukan aku tidak mahu percayakan Tuhan, namun atas nasib yang menimpa diriku, aku banyak menyalahkan Tuhan dan memisahkan diri dariNYA. “Kau…

Loading

Read more

Episod 7- Pencarian Islam Kathryn Bennet

Keluarga Khalefah  Benarkah kehidupan bergerak sendiri ke hadapan? Atau ada Kuasa lain yang membawaku ke sini? Sesekali, fikiran itu menerpa benak. Walaupun aku cuba menafikan adanya agama, dan melupakan terus jalan menuju ke gereja, hatiku tidak dapat dikurung dari memikirkan tentangNYA. Lebih-lebih lagi ketika aku berada di bumi yang digelar ‘Dua Laut’ ini. Di tempat…

Loading

Read more

Self Care Group

Sekitar April lalu, sahabat saya Kak Sally Samad menawarkan khidmat kaunseling kelompok secara percuma. Tawaran itu untuk para pelajar saya. Entah mengapa, saya terdorong menjadi peserta. Selain mahu mendapatkan ilmu kaunseling, saya merasakan ada kekosongan diri yang perlu diisi. Ada 6 slot yang wajib kami sertai saban minggu. Saya tidak mengenali persis para peserta lain…

Loading

Read more

VAKSIN

Sebenarnya, antara banyak keputusan dalam hidup yang dinanti-nantikan adalah keputusan slot vaksin dalam MySejahtera. Minggu lepas, rakan-rakan pensyarah muda mula bercakap tentang pengalaman mereka menerima vaksin Astrazeneca di UM. Saya yang belum mendapat giliran mula rasa gundah. Lalu saya suarakan rasa tidak sabar dalam grup Whatsapp jabatan. Dr Tengku Intan kemudiannya berkongsikan satu nombor telefon…

Read more

EP 6: Mencari Tenang

ENAM Tuhan? Berapa ramai manusia di dunia ini yang beragama? Sekitar abad ke 18, sekelompok manusia di dunia ini menggelarkan diri mereka Atheis atau tidak percayakan Tuhan. Bagi mereka, Tuhan telah mati dalam helaian Bible atau dalam kitab agama mana sekalipun. Adalah tidak relevan mengaitkan prinsip ketuhanan dengan urusan manusia moden yang berkembang. Tidak logik…

Loading

Read more

EPISOD 5- MENCARI TENANG

Aku tinggal bersama Mr Don dan isterinya Mrs Dorris hampir setahun. Ibuku juga semakin pulih dan boleh menjaga adikku Sarah. Ketika membelek sebuah foto, aku perasan ada sesuatu yang luar biasa berlaku di antara Mr Don dan keluargaku. “Siapakah ini? Aku sangat mengenalinya. Dia mirip bapaku.” “Peter Bennet?!” Tanya Mr Don. Dan ternyata, frasa yang…

Loading

Read more

EPISOD 4

OLEH : UMMU HANI ABU HASSAN Ke Penjara Juvenil Kenakalanku makin memuncak apabila pihak berkuasa mendapati aku mempunyai rekod hitam di kebanyakan rumah kebajikan kanak-kanak yang kuhuni. Akhirnya, pada umur awal belasan tahun, aku dimasukkan ke penjara kanak-kanak England. Ia sebahagian pengalaman hitam yang ingin kupadam. Berbeza dengan dua kakakku, mereka telah bebas mencorak hidup…

Loading

Read more

EPISOD 3

Kembara Islam Noorah Kathryn Bennet oleh: Ummu Hani Abu Hassan Penghuni Rumah Kebajikan Di England, rumah kebajikan kanak-kanak terbahagi kepada dua kategori. Pertama adalah kategori penjagaan sementara. Ibubapa yang mengalami masalah kewangan dan kesihatan boleh meletakkan anak mereka di rumah kebajikan untuk satu tempoh tertentu sehingga mereka pulih. Kedua, jika anak-anak langsung tidak mempunyai keluarga,…

Loading

Read more

EPISOD 2

KEMBARA ISLAM KATHRYN BENNET Mozek Luka OLEH: Ummu Hani Abu Hassan Ketika aku sudah mengenal apa itu fungsi keluarga dalam masyarakat Inggeris, dan mengetahui perananku sebagai anak dan kakak kepada adik yang masih kecil, aku berhadapan dengan keadaan sebaliknya. Guru sekolah rendahku menyatakan bahawa sebagai anak, kasih sayang utama yang perlu dipupuk dalam diri manusia…

Loading

Read more

Kembara Islam Kathryn Bennet 1

oleh: Ummu Hani Abu Hassan Tanggal 1961, salji bulan November di langit Yokshire gugur lebat. Wajah bumi yang ceria bertukar warna putih yang pucat. Atap rumah, pohon-pohon di taman, kenderaan yang memadati jalan, padang bola dan kriket, hampir semuanya ditutupi salji putih. Angin mendesir dengan kuat. Tanpa sapaan damai yang selalu ditiupkan kala musim bunga…

Loading

Read more

Transisi Untuk menoleh

Kehidupan sebagai Muslim sering menuntut kita menoleh ke belakang, sekalipun sudah berada di baris paling depan. Itulah uniknya agama kita. Menoleh adalah perbuatan melihat kembali jejak-jejak yang ditinggalkan, bukan terus memadam masa lalu dan terus bergerak tanpa melihat kembali tapak-tapak sejarah, tapak-tapak asal usul diri. Saya membelek kembali makna Sastera Islam setelah menekuninya dari tahun…

Loading

Read more

Sabar Itu Cantik

Sabarlah menghitung hari-hari yang tepat. Hari-hari yang Tuhan janjikan untuk doa menjadi nyata. Sabarlah menunggu dengan hati, bersangka baik. Bukankah Dia telah berjanji: ‘Berdoalah padaKu, nescaya Aku akan makbulkan.”

Read more

Belajar Daripada Proses..

Apabila membelek buku-buku baharu di pasaran, hati berasa kagum kepada sang penulis, sekalipun belum membaca kandungannya. Tambahan jika penulis dapat menghasilkan 2-3 buku baharu dalam tahun yang sama. Hanya yang luar biasa mampu melakukannya! Menulis buku; genre ilmiah atau kreatif akan melalui ‘proses berat’ yang sama. Proses ini dinamakan sebagai ‘Proses Kreatif’ dengan dua elemennya…

Loading

Read more

Yang Pakar..

Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang.Kalau nak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput.Kalau nak tahu luasnya kolam, tanyalah katak.Kalau nak tahu luasnya laut, tanyalah ikanKalau nak tahu tingginya gunung, tanyalah helangKalau nak tahu dalamnya lubuk, tanyalah memerangKalau nak tahu dalamnya laut, tanyalah yu.Kalau nak tahu panjangnya pantai, tanyalah camarKalau nak tahu putihnya pasir, tanyalah penyuKalau…

Loading

Read more

Ruang Masa

Yang mengganggu ruang diri adalah masa. Sungguh kepentingannya dalam hidup manusia telah disebutkan dalam Surah Al-Asr. Masa adalah harta paling asas yang kita ada. Satu saat masa bila nak diagihkan ia akan berkait dengan seluruh yang kita ada; misalnya jika saya berikan masa saya kepada anak ketiga, saya akan mengenepikan seketika anak pertama dan kedua….

Read more

Awan Kembara Bangladesh

“Senyum pada awan” adalah ayat pertama saya dalam Novel Baromkeh, Matamu di Mataku (2008). Pertengahan Disember 2005, saya dan dua rakan terbang ke Damsyik, Syria untuk belajar Bahasa Arab selama dua bulan. Syria ketika itu belum terlibat dalam konflik perang saudara. Kembara di Damsyik adalah permulaan ‘ketagihan’ saya untuk melihat awan dan memaknai hikmah musafir….

Read more

Menjadi Perindu Jauh

Di dalam rumah 24 jam. Fikiranku terbang. Ke daerah-daerah yang pernah kulalui dalam takah umurku 23 tahun. Aku rindukan lorong-lorong di Jaddat Salamiyeh, Suq Jum’ah dan Pekan Baromkeh. Tempat tersusah untuk aku berangan-angan ke sana lagi. Bumi Damascus yang menyambutku akhir tahun 2005. Sejuk anginnya. Ya Allah.. aku mahu ke sana..bawalah aku ke sana lagi…..

Read more

Di Sela Melihat ke Jendela

Aku seperti nampak keriuhan anak-anakku, anak-anak jiranku berlarian di halaman surau depan rumah. Bermain girang, bergaduh dan menangis, main semula. Mereka datang ke rumahku, meminta air. Hanya air sejuk menghilang penatnya berlari dan mengejar. Dua anakku mengambil cawan untuk teman-temannya. Cawan dengan air kosong sahaja, tetapi mereka bahagia. Mereka sambung main di halaman rumahku pula….

Loading

Read more

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke ??? Buat Diriku..

Akhirnya, aku telah bertemu perasaan ‘orang-orang’ yang memejamkan mata mereka terhadap ‘angka umur’. Aku juga tidak silu lagi mengatakan, ‘Ah, umur hanyalah angka..’ Hampir tidak percaya, aku jadi gembira kepalang, seakan mendapat hadiah apabila rakan baikku ‘tersalah’ angka ketika mengucapkan ‘Selamat hari lahir Ummu yang ke 35..’ pagi tadi. Seperti jasad fizikal yang menghampiri ke…

Loading

Read more

Korea, Negara Bebenang Ilham

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Tidak ada satu cerpen pun saya tulis ketika merantau selama empat tahun enam bulan di Seoul, Korea. Setelah kembali ke tanah air, saya telah menulis enam buah cerpen dan sebuah novel berlatar-belakangkan negara yang digelarkan ‘sejuta payung’ di musim hujan. Tidak menulis bukan bermaksud saya melepaskan perca-perca idea, tetapi ianya…

Loading

Read more

Maruah Protagonis

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Harga diri atau maruah adalah sesuatu yang mahal dalam hidup manusia. Melaluinya, manusia akan dipandang dengan pelbagai cerminan. Yang tertinggi adalah cerminan penghormatan dan kemuliaan. Menerusi empat buah cerpen yang tersiar dalam Majalah Dewan Sastera Bil. 10 2020, para pengarang meletakkan persoalan harga diri sebagai kemenangan watak-watak utama. Cerpen Pakda…

Loading

Read more

Musim-Musim Pergantungan KepadaNya

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Kini, setelah negara melalui pandemik panjang (Mac- Oktober 2020 sehingga ???) kita baharu tersedar bahawa bumi secara total adalah milik Allah SWT, hatta tanah yang kita pijak, tiada seinci pun terlepas daripada milkNya. Jadi, menjadi kuasaNya untuk mencorak keadaan hidup manusia; di mana, siapakah, berapa lamakah, semuanya menjadi persoalan yang…

Loading

Read more

SAKIT RINDU

Di negara kimci dan kopi yang saling bersaing ini, kutemukan bentuk rindu yang macam-macam. Seperti musimnya yang silih berganti. Dan pakaian orang-orangnya yang mula bertukar. Daun akan hilang. Warna akan pudar .Rindu bergantian. Strawberi akan banyak. Buah durian tetap paling mahal. Anak kecil dan anjing sukakan salji. Orang dewasa menunggu musim bunga. Tukang sapu merasa…

Loading

Read more

Giliran

Baru-baru ini saya didatangi pelajar yang mahu lakukan Ph.D dengan saya. Dia pelajar yang baik, masih sangat muda, mendapat nilai kredit yang melayakkannya buat Ph.D tanpa perlu sarjana. Saya tidak tahu mengapa dia mahu lakukan Ph.D di bawah seliaan saya; seorang pensyarah yang ‘muda’ ilmu dan pengalaman. Moga-moga bukan kerana ‘aura’ negara Korea. Dia terlebih…

Loading

Read more

Mengenang Cara Anak..

Ada waktu-waktu, fikiran menjadi buntu. Sesekali diselimuti kenangan lama, yang membuatkan kembali segar semangat. Saya ingin mengenang cara anak pertama membesar, dengan fikiran-fikiran kecilnya yang hingga sekarang menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri. Antara paling besar hikmah penghijrahan kami ke Seoul dahulu (2014-2018) adalah dapat bersama anak-anak setiap masa. Wajah mereka adalah wajah-wajah ahli syurga,…

Loading

Read more

Salam Maal Hijrah 1442

Tahun baru umat Islam adalah tahun hakiki kita untuk (berusaha) menjadi hamba dan khalifahNya yang lebih baik. Sungguh penat perjuangan menjadi orang yang baik, bagai berenang di lautan, mereka yang tanpa iman pasti tenggelam, bahkan yang mempunyai iman juga, kadang berjaya kadang kalah dengan arus dunia yang dahsyat. Saya tidak menyeru orang lain lebih banyak…

Loading

Read more

Air Terjun di Korea..

Hari ini bawa anak-anak mandi air terjun di Yangpyeong kira- kira 63km dari rumah. Berjanji dengan keluarga Kak Siti dan Kak Sal dari Daejon. Bertemu tiga keluarga di kaki gunung Chungwon dengan 8 kanak-kanak dan 1 bayi Provinsi Gyeongggi yang menjadi tempat tadahan hujan di Korea sangat kaya dengan sumber alami. Di daerah ini ada…

Read more

Di Atas Langit Incheon

Di Atas Langit Incheon Salah-satu nikmat yang besar tinggal di perantauan adalah menerima kunjungan ibubapa dan sanak saudara. Bermula dengan kedatangan abah dan emak pada Oktober 2015, kami menyambut ramai tetamu di Seoul. Perkara yang membahagiakan adalah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, berdiri di ruang ketibaan dan menunggu keluarga dari tanah air muncul. Saat…

Read more

Setelah Aku Meninggalkan Katil Itu..

Katil itu, tiada sesiapa menginginkannya. Hanya insan yang ditakdirkan untuk bermalam di atasnya, akan merelakan diri. Di atas katil itulah, aku duduk, tenang. Di atas katil itu juga, aku berbaring damai. Di katil itu, pada jam 1 pagi 11 Jun 2020, aku mula merasa aneh, rasa tidak enak di perut dan pundi hingga aku berulang-kali…

Read more

Kebiasaan Tauge..

Tauge antara sayur yang saya kurang gemar. Saya makan tauge ketika tiada pilihan sayur lain. Selama tinggal di Korea lebih 4 tahun, saya menyedari tauge mempunyai kedudukan ‘khusus’ dalam masyarakat Korea terutama di rumah-rumah makannya. Tauge mungkin ‘nampak’ selekeh kerana menjadi hidangan ‘percuma’ atau ‘banchan’; hidangan sampingan yang berulang-kali boleh ditambah, tanpa bayaran. Tauge diibaratkan…

Loading

Read more

Covid 19 dan Sensitiviti Penulis

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Allah SWT Maha Hebat. Salah satu kehebatan-Nya adalah menjadikan unsur sensitiviti dan kreativiti dalam jiwa manusia. Golongan penulis adalah manusia yang menghargai kedua anugerah ini. Mereka menggunakan bakat, ketajaman sensitiviti dan kreativiti untuk menafsir kehidupan. Dari sudut psikologi, sensitiviti adalah  respon terhadap sesuatu kejadian yang menyentuh elemen-elemen kejiwaan.  Sensitiviti membuatkan…

Loading

Read more

Lorong-Lorong Sepi

Betapa hidup ini penuh perjuangan. Berselirat dengan nafsu dan syaitan yang telah berjanji menyesatkan manusia. Kadang kita menang, kadang lelah dan jatuh di lautan dosa. Kadang bukan kita, tetapi orang-orang berdekatan kita, yang impaknya terkena juga pada kita. Aduhai, benarlah Sabda Rasul yang bermaksud bahawa kehidupan bagi Mukmin itu bagai penjara. Disekat oleh keinginan yang…

Read more

Cerita Sebelum Bersalin

Pengalaman mengandung dan bersalin tidak boleh dibandingkan dengan orang lain. Sebagaimana Allah SWT menciptakan kehidupan seorang manusia, tidak akan sama dengan manusia lain hatta mereka adalah pasangan kembar. Itulah lambang kebesaran Allah SWT. Dia menciptakan sesuatu yang berbeza untuk memilih yang paling sempurna (taqwa): “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan…

Loading

Read more

Sungai-Sungai Rindu..

Setenang Sungai Korea Selatan Oleh: Ummu Hani Abu Hassan “Dan Dia mengukuhkan gunung di bumi agar bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”- an-Nahl ayat 15. Setiap kali saya menaiki bas untuk ke universiti, pasti akan melalui sungai yang membentengi Pekan Seokgye dan Nowon, hampir di…

Loading

Read more

Aidil Fitri 2020

Ramadan 1441 Hijrah/ 2020 pulang dan pasti tidak berulang, sekalipun Ramadan 1442 akan menjengah tahun 2021, ianya tidak akan sama dengan Ramadan sebelumnya. Setiap saat kita menyaksikan perubahan pada hati dan fikiran kita, pada umur kita. Anak-anak yang bayi suatu ketika, menjadi kanak-kanak kini dan beberapa tahun lagi, menjadi remaja (dengan izin Allah). Kita yang…

Read more

Cerita Kawan Sebelum Aku Kahwin

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Seorang teman pernah menulis padaku ketika aku bujang dulu. Tentang tiga wanita mulia yang boleh kujadikan rujukan dalam hidup. Pertama, sekiranya aku berkahwin dan suamiku nanti seorang yang jahat maka ambillah Asiah isteri Firaun sebagai teladan. Asiah tetap taat pada suami yang mengaku Tuhan dan membunuh orang. Tetapi suami kita…

Loading

Read more

Bertasbihlah dengan nama TuhanMu

Alhamdulillah, setiap sesuatu semuanya dari Allah SWT. Saya telah menulis lebih 40 buah cerpen tetapi cerpen Bebenang Pandemik paling mendapat respon yang banyak. Barangkali kerana situasi Malaysia juga tersekat oleh pandemik. Rata-rata mahu saya menyambung lagi. Untuk menjadi sebuah novel tahun 2020? Ya Allah, berilah aku kekuatan setelah niat itu kuputuskan dalam hati.

Loading

Read more

Untuk Para Insan Termulia

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Seorang kanak-kanak yang nakal dan kuat kemahuan seperti saya, tentulah yang paling dekat ‘memperbaiki’ saya adalah para guru. Seperti sebuah kereta lama yang selalu meragam, selalu dihantar ke bengkel, atau seseorang yang sering sakit dibawa berjumpa doktor. Saya begitulah sejak usia tadika 5 tahun, ibubapa menghantar kepada guru sebenar di…

Loading

Read more

Universiti Pandemik

(Disiarkan di Berita Minggu, 10 Mei 2020) Oleh: Ummu Hani Abu Hassan SATU Namaku Anis Kemboja. Gadis biasa yang luar biasa. Luar biasa itu kerana aku mempunyai lima orang kakak dan tiga orang abang, tetapi hanya aku seorang yang tidak masuk universiti. Aku dilahirkan di Kuala Lumpur pada saat ekonomi dan politik Malaysia sedang gawat….

Loading

Read more

‘Permata Islam’ di Korea Selatan

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Hati saya berdebar-debar ketika membaca kisah lelaki ini di Majalah Koreana, sebuah majalah tentang budaya dan seni Korea yang berprestij. Sebelumnya, tidak pernah saya lihat fokus majalah ini terhadap agama Islam. Gara-gara si lelaki mempunyai kisah perjuangan Islam yang luar biasa, Koreana mengangkatnya sebagai ‘suara kedamaian di Korea.’ Si lelaki luar biasa: Huseyin…

Loading

Read more

Dua Sisi Turki di Korea

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Makanan yang masuk ke perut kami pada hari pertama tiba di Seoul adalah kebab Turki. Profesor Dr Lim Kim Hui yang sudah empat tahun menjadi Profesor Pengajian Melayu di Hankuk University of Foreign Studies muncul di rumah ‘bilik’ kami dengan senyum mesra. Dia menawarkan diri untuk mengajar kami cara menaiki…

Loading

Read more

Yang Dibaca Seorang Sasterawan Negara

Apa yang dibaca seseorang (penulis), itulah yang akan mengangkat karyanya. Saya tertarik untuk menyenaraikan bacaan-bacaan awal Sasterawan Negara A. Samad Said. Senarai ini saya dapati secara langsung melalui nota proses kreatifnya yang bertajuk A. Samad Said Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Saya menuliskannya di sini sebagai rujukan untuk diri. Sebelum pandai membaca,…

Loading

Read more

Sang Pencatat Yang Tertinggal

Salam Ramadan kelima 1441 Hijrah, dari laman yang masih basah oleh rintik hujan. Sungguh banyak yang Tuhan mahu kita minta padaNya, selebat hujan yang turun. Beburung mula berkicau dini Subuh, mereka berzikir padaNya. Kicauan jadi garang, ada yang mematuk di bumbung rumah kami sehingga Darda’ bertanya, itu bunyi musang atau burung? Saya jawab, “Burung..” Suami…

Loading

Read more

Drama Dakwah Kita

Ustaz tu… “Jangan main- main, ustaz tu..” kata Man kepada wanita lorong di akhir episod 1 Drama Nur 2.  Drama Nur mengangkat tema cinta romantisme antara ustaz (orang yang belajar agama) dengan wanita lorong (yang ditampilkan dengan pakaian penggoda) iaitu Adam dan Nur. Nur 2 juga meneruskan tema utama yang sama. Godaan wanita datang pelbagai…

Read more

Ramadan Penuh Cinta

Manusia adalah makhluk bernostalgia. Sungguh hebat ciptaan Allah SWT menjadikan manusia punya pancainderanya yang enam; penglihatan, pendengaran, rasaan, sentuhan, bauan dan mata hati. Bahkan dibaluti pula dengan emosi pada setiap gerak pancainderanya. Saat mendengar azan, yang terpancar di fikiran tiba-tiba adalah kubah-kubah masjid di penempatan Jaddat Salamiyeh, Damsyik. Pagi Hari Raya Aidiladha tahun 2006, saya…

Loading

Read more

Ramadan 2018 Dikenang-Kenang

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Payah melepaskan kenangan yang begitu mahal, yang membezakannya dengan kenangan-kenangan lain adalah kesannya cantik di hati, sukar diulangi lagi. Begitulah yang saya alami pada bulan Ramadan 2018. Tahun itu adalah terakhir kami sekeluarga di Seoul, Korea. Seolah-olah Ramadan membiarkan kami memeluknya dalam suasana sangat sederhana, agar kami rindu dan terus…

Loading

Read more

Kematian Yang Kita Ingin Lari…

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu kendatipun kamu (berada) di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh”. (Surah An -Nisa : 78). Hujung Disember 2019, ketika salju sedang jatuh di negara-negara bercuaca empat musim, ianya bagai hawa dingin yang menyejukkkan warga dunia tentang kehadiran makhluk ‘kecil’ yang berukuran…

Loading

Read more

Rindu Seorang Seon Mi

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Satu Tasik Sanjeong dikawal tiga raksasanya; Gunung Myengseong, Gunung Mangbong dan Gunung Mangmubong. Tiga raksasa itu bertukar-tukar wajah selama musim berganti. Selalunya di musim salju, gunung-gunung menjadi putih dan kaku sehingga tidak berupaya menatang tasik untuk terus menjernih. Waktu itulah, tasik tanpa air yang berkocak diganggu suhu beku, sehingga-hingga tiada…

Loading

Read more

PKP: Masa Untuk Mendalami Diri

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung sehingga 28 April 2020. Sudah 25 hari saya menjadi seseorang yang ‘banyak berfikir’ tentang masa lalu; memori, cabaran, pengharapan, kesilapan, nikmat, ujian dan titik perubahan. Saya bagai dipertontonkan kisah-kisah yang belum sempurna untuk menjadi novel atau sebuah cerpen pun. Kisah dahulu dan bakal dilalui banyak…

Loading

Read more

Kapsyen

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Kapsyen Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Jalan di Medan Mahyudin setiap hari dipadati ragam makhluk yang hidup dalam dunia masing-masing.  Seorang lelaki tua, keluar dari Jamik Hanabilah, di tangannya adalah tongkat dan tasbih. Dalam pakaian musim sejuk, terhinggut-hinggut membawa kakinya mendaki lereng Suq Jumaat. Rumahnya terletak di jadat yang agak…

Loading

Read more

Pandemik: Mereka Yang Teruji Dua Kali Ganda

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan India, Indonesia dan Bangladesh antara negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Penduduk India berjumlah 1.339 bilion, rakyat Indonesia dengan 267 juta orang dan Bangladesh berpenduduk 168 juta orang. Kesamaan tiga buah negara ini adalah ketiga-tiganya lewat mengisytiharkan ‘shutdown’ selepas pandemik Covid 19 menjarah negara-negara dunia mulai Januari 2020….

Loading

Read more

Selamat Hari Lahir ke 60 Mak!

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Untuk menulis tentang mak, saya tercari-cari perkataan yang sesuai. Sulit menemukan satu kata yang boleh menjelaskan kasih-sayang, pengorbanan, cinta dan anugerah seorang ibu. Satu-satunya manusia yang paling banyak dicintai manusia lain adalah seorang ibu. Dalam Islam, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mendahulukan ibu daripada ayah melalui sabda baginda SAW yang bermaksud:…

Loading

Read more

Putik Qunaitara

Oleh :Ummu Hani Abu Hassan “Anakku, aku ibumu ingin berpesan. Jika berjalan, peganglah tanganku erat-erat.” Ibu menghembus dahiku, anak rambut berwarna perang terkibas ke atas. Topi berjambul biru masih lekap mendinding dingin kepala. Ibu menarikku dekat ke sisinya. Jemari kami berangkulan ketika melintas jalan menuju ke Jisr Rais. “Wajah Dimasyq cepat malap di musim dingin. Aduh!…

Loading

Read more

Keinginan-Keinginan Manusia Pengarang..

‘Rumah Keinginan’ dalam Cerpen Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Bachelard (1969) mengatakan rumah atau kediaman adalah alam semesta pertama manusia. Bagaimanapun rupa bentuk dan ruang fizikalnya, rumah menumbuhkan akar dan tunas pengalaman, semangat, cita-cita, keinginan, perasaan dan kenangan kita. Manusia memiliki pelbagai maksud rumah sesuai dengan latar-belakang dan usia mereka. Tetapi, rumah yang sebenar adalah…

Loading

Read more

Wahai Diri, Berlembutlah..

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Pandemik Covid 19 bukan hanya satu makhluk yang lebih nipis 8 kali ganda dari rambut kita, tetapi dia juga penjahat yang meratah antibodi manusia tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit dan status sosial. Kerananya, kita semua (bahkan manusia di dunia) terpaksa melewati hari-hari di rumah. Covid 19 nampaknya mempertemukan kita…

Loading

Read more

Ayahku

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Jika berkaitan apa apa sahaja dalam hidupku, orang yang paling mempengaruhinya adalah ibubapaku lebih-lebih lagi ayahku. Dia membuât keputusan untukku sejak kecil sehinggalah diserahkannya aku kepada suami pada usiaku 26 tahun. Selepas itu, aku banyak membuat keputusan atas perbincangan dengan suami, tetapi ibubapaku tetap menyokongnya dari belakang. Aku ingat lagi…

Loading

Read more

Makhluk Sekecil Covid 19 Buat Manusia..

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Makhluk kecil ini adalah pengajaran paling besar untuk manusia di Zaman 2020. “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Allah adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Mahakuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki. Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu…

Loading

Read more

Bulan Madu Yang Tertangguh

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Tahun 2020 hadir dengan pelbagai perancangan dan salah-satunya adalah menunaikan umrah dan berkelana ke bumi Istanbul dengan suami. Saya berdoa agar hajat ini dimakbulkan Allah SWT. Mengapa Tahun 2020? Pada 14 Januari 2019, saya telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan luar rahim. Saya telah bernazar, jika pembedahan selamat, saya mahu mengerjakan…

Loading

Read more

Para Doktor Adalah Wira Kita

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Seperti polis yang memburu penjenayah dan askar yang menewaskan musuh negara, begitulah peranan seorang doktor selepas Virus Covid 19 tersebar di seluruh dunia. Para doktor kini menjadi panglima perang di barisan hadapan, menangani musuh yang tidak nampak di mata. Pandemik Covid 19 ibarat  penjahat baharu dengan taktik yang lebih halus, meresapi…

Loading

Read more

Falsafah Saya Sebagai Pensyarah: Awan

Saya suka melihat awan. Hanya pengembara atau perantau yang boleh melihat awan dari dekat. Awan meneduhkan bumi. Awan menyaksikan para makhluk bergerak dan diam. Melihat awan dari dekat telah menyedarkan saya bahawa tugas menjadi seorang guru berhubungan dengan awan. Awan-awan ibarat ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Awan yang manakah kita mahu teduhkan ke fikiran…

Loading

Read more