Ruang Masa

Yang mengganggu ruang diri adalah masa. Sungguh kepentingannya dalam hidup manusia telah disebutkan dalam Surah Al-Asr. Masa adalah harta paling asas yang kita ada. Satu saat masa bila nak diagihkan ia akan berkait dengan seluruh yang kita ada; misalnya jika saya berikan masa saya kepada anak ketiga, saya akan mengenepikan seketika anak pertama dan kedua. Itu contoh yang mudah. Norma baharu mencarik-carikkan ‘susunan masa’ kita. Jadual dan diari kita berubah. Tanggungjawab orang lain menjadi tanggungjawab kita, tanggungjawab kita yang sedia ada bertambah-tambah. Ada ujian datang dan pergi. Ada kos yang menurun dan meningkat. Ia akan menarik masa untuk menghadapinya. Masa […]

Continue Reading

Awan Kembara Bangladesh

“Senyum pada awan” adalah ayat pertama saya dalam Novel Baromkeh, Matamu di Mataku (2008). Pertengahan Disember 2005, saya dan dua rakan terbang ke Damsyik, Syria untuk belajar Bahasa Arab selama dua bulan. Syria ketika itu belum terlibat dalam konflik perang saudara. Kembara di Damsyik adalah permulaan ‘ketagihan’ saya untuk melihat awan dan memaknai hikmah musafir. Ramai bertanyakan saya bagaimanakah mendapatkan wang untuk mengembara di banyak negara? Jawapannya adalah dengan menulis. Pada usia 27 tahun, saya telah melawat 9 buah negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Syria, Jordan, Arab Saudi, Bangladesh dan United Kingdom. Sebahagian besar perjalanan didanai wang kemenangan sayembara […]

Continue Reading