November 28, 2026

Menjadi Si Penyuap..

Anak-anakku, pada umur sehingga empat ke lima tahun, sangat suka makan bersuap. Kadang-kadang makan kerana dipaksa menerima suapan, daripada cubitan. Kerja suap-menyuap memang rutin ibu-ibu seluruh dunia. Kita boleh mengukur kematangan anak-anak apabila mereka menolak disuap. Tidak kalah banyaknya kenangan kita disuap ketika kecil dan menyuap ahli keluarga yang sakit. Satu-satunya peluang akhir kami sekeluarga dapat menjaga gemulah (Allahyarham) tokwan dan tok yang terlantar strok dan uzur, menyuap makanan kepada mereka adalah kenangan yang mengalirkan air mata, mencengkam rindu tak bertepian.

Sebagai pensyarah, saya selalu berkata pada diri bahawa pekerjaan menyampaikan ilmu dan silibus kepada para mahasiswa ibarat menyuapkan makanan, tetapi makanan otak. Memikirkan untuk menyampaikan topik di kelas hampir sama dengan memikirkan apa menu untuk dimasak kepada anak-anak, atau tetamu istimewa. Hidangan yang telah dipersiapkan bahan-bahan lebih awal akan memudahkan proses memasak, sama juga jika saya telah menyediakan bahan-bahan kuliah akan menyebabkan hati tidak sabar menyampaikan ilmu di kelas. Anak-anak yang mudah makan, menyebabkan proses menyuap makanan terasa membahagiakan. Tidak perlu adegan kejar-mengejar atau jeritan sang ibu yang garang. Di kelas, jika mahasiswa semua cepat faham dan hanya patuh dengan 1001 tugasan, tugas pensyarah jadi paling indah. Namun, baik menyuap makanan atau menyuap ilmu pengetahuan, ada persoalan lebih penting ditanyakan kepada diri. Apakah anak-anak itu sepenuhnya kenyang dengan puas? Apakah para mahasiswaku faham maksud ilmu disampaikan sehingga memunculkan persoalan dalam fikiran mereka?

Di zaman kecerdikan buatan (AI), ada dua situasi yang mencengkam para pensyarah. Situasi yang baik, gaya pembelajaran berubah drastik, pensyarah tidak bertindak sendiri sebagai ‘si penyuap’ ilmu pengetahuan. Ejen-ejen AI menjadi pembantu dengan menyediakan template slide, mencarikan bahan-bahan tambahan dan pencadang aktiviti dalam kelas. Manakala AI juga memudahkan mahasiswa menyiapkan tugasan dan menjadi penunjuk arah yang sama ke arah memahami ilmu. Situasi tidak baiknya apabila AI digunakan secara wewenang dan mencampuri akal manusiawi. Arahan yang diberikan pensyarah, buru-buru meminta AI menyelesaikan sepenuhnya tanpa

Loading