Selamat Ulangtahun Kelahiran ke ??? Buat Diriku..

Akhirnya, aku telah bertemu perasaan ‘orang-orang’ yang memejamkan mata mereka terhadap ‘angka umur’. Aku juga tidak silu lagi mengatakan, ‘Ah, umur hanyalah angka..’ Hampir tidak percaya, aku jadi gembira kepalang, seakan mendapat hadiah apabila rakan baikku ‘tersalah’ angka ketika mengucapkan ‘Selamat hari lahir Ummu yang ke 35..’ pagi tadi. Seperti jasad fizikal yang menghampiri ke takah ‘serius’, satu fasa peringatan akan hakikat perjalanan ke akhirat, begitu jugalah umur. Sedikit tetapi ‘sangat laju’ meninggalkan masa lalu, menjadi kepingan memori dan kenangan. Tahun ini, kuusung juga amanah-amanah ‘tahun lepas’ yang tidak kulunasi. Ada perkara yang kita mahu, tetapi belum tentu baik. Begitu […]

Continue Reading