Mencermati Cerpen Malaysia dan Korea

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Awal Mac 2014, saya memulakan semester pertama pengajian sastera bandingan di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), Seoul. Ia adalah tahun yang memperkenalkan saya pada budaya ‘pali-pali’ (cepat-cepat), sampo sedae(generasi kahwin lewat), sigdang(makan luar) dan hansang(berpacaran). Ini antara empat budaya utama yang terpapar dalam masyarakat Korea baik secara nyata, fiksi sastera mahupun digital. Berjalan cepat-cepat menunjukkan kesungguhkan melakukan sesuatu, amat berkaitan dengan amalan menjaga masa. Persaingan 50 juta penduduk dengan 13 juta orang berpusat di Seoul menyebabkan pekerjaan lebih penting daripada jodoh. Akibat lain, anak muda Korea selesa menyewa bilik atau ‘bang’, makan di kedai-kedai dan berpacaran tanpa […]

Continue Reading

Sastera Post Islamism atau Pop Islamism?

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Kira-kira 83 tahun lalu, Allahyarham Abdul Karim Amrullah atau Hamka meninggalkan fenomena novel cinta Islami yang kemudiannya diikuti sebahagian penulis Malaysia dan Indonesia sehingga kini. Bermula pada 1936 sehingga 1939, Hamka telah menulis tiga buah novel yang berfokuskan cinta dan Islam. Novelnya yang pertama, Di Bawah Lindungan Kaabah (Balai Pustaka, 1936) mengisahkan percintaan tragis yang diakhiri dengan kematian sepasang kekasih. Novel ini menjadikan agama Islam sebagai misi tanpa mengandungi persentuhan antara watak yang saling jatuh cinta. Tahun-tahun kelahiran novel Hamka adalah tahun kesukaran masyarakat Indonesia termasuk di Padang Panjang, sebuah pekan kecil di Sumatera Barat.  Sejak novel […]

Continue Reading