Aku seperti nampak keriuhan anak-anakku, anak-anak jiranku berlarian di halaman surau depan rumah. Bermain girang, bergaduh dan menangis, main semula. Mereka datang ke rumahku, meminta air. Hanya air sejuk menghilang penatnya berlari dan mengejar. Dua anakku mengambil cawan untuk teman-temannya. Cawan dengan air kosong sahaja, tetapi mereka bahagia. Mereka sambung main di halaman rumahku pula….
Read more