Giliran

Baru-baru ini saya didatangi pelajar yang mahu lakukan Ph.D dengan saya. Dia pelajar yang baik, masih sangat muda, mendapat nilai kredit yang melayakkannya buat Ph.D tanpa perlu sarjana. Saya tidak tahu mengapa dia mahu lakukan Ph.D di bawah seliaan saya; seorang pensyarah yang ‘muda’ ilmu dan pengalaman. Moga-moga bukan kerana ‘aura’ negara Korea. Dia terlebih dahulu menghantar proposal kajiannya kepada saya sebelum datang bertemu minggu lepas. Ini proposalnya yang kedua. Kali pertama dulu saya minta ubah banyak perkara. Kali ini nampak ada kemajuan tetapi masih longgar. Dia mahu mengkaji tentang Sastera Islam. Mahu membuat kajian bandingan novel Islam Malaysia dan […]

Continue Reading

Mengenang Cara Anak..

Ada waktu-waktu, fikiran menjadi buntu. Sesekali diselimuti kenangan lama, yang membuatkan kembali segar semangat. Saya ingin mengenang cara anak pertama membesar, dengan fikiran-fikiran kecilnya yang hingga sekarang menjadi pengajaran kepada diri saya sendiri. Antara paling besar hikmah penghijrahan kami ke Seoul dahulu (2014-2018) adalah dapat bersama anak-anak setiap masa. Wajah mereka adalah wajah-wajah ahli syurga, tiada dosa. Wajah yang menghilangkan penat saya berjalan kaki, turun naik bas dan subway, memanjat bangunan kelas dan keadaan ekonomi yang terbatas. Namun, apabila saya pandang wajah Darda’ dan Dawud, saya bersyukur pada Allah SWT, merekalah harta yang tidak boleh dibandingkan dengan apapun di dunia. […]

Continue Reading

Rasa

Sesekali diriku pulang ke daerahnya yang paling dalam, menggali ruang-ruang hati yang layu, tidak bersiram. Lama aku di sana, tidak berteman. Menunggu baja bernama iman.

Continue Reading