Falsafah Saya Sebagai Pensyarah: Awan

Saya suka melihat awan. Hanya pengembara atau perantau yang boleh melihat awan dari dekat. Awan meneduhkan bumi. Awan menyaksikan para makhluk bergerak dan diam. Melihat awan dari dekat telah menyedarkan saya bahawa tugas menjadi seorang guru berhubungan dengan awan. Awan-awan ibarat ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Awan yang manakah kita mahu teduhkan ke fikiran para pelajar kita. Saya pencari awan, belajar menjadi awan. Mengapa? Ketika saya baru memulai tugas sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada Oktober 2018, saya bingung. Gara-gara tidak cukup persediaan baik maklumat, pengalaman dan kaedah pengajaran. Justeru, saya menerima komen yang tidak baik […]

Continue Reading

Wanita Korea

Saya selalu terilham melihat wanita-wanita di Korea. Ada pelbagai bentuk imej mereka. Suatu ketika dalam tren di Kota Seoul, saya tersentak oleh ketawa sekumpulan wanita yang berpakaian hampir seragam: topi, jaket nipis, seluar dan beg tangan yang semuanya berwarna-warni. Rambut mereka yang sedikit berjurai dari topi kelihatan sama: kerinting. Wajah mereka melambangkan kekentalan Korea yang asli, tidak terusik oleh pembedahan plastik, ada kedutan tetapi ceria. Suara mereka gamat, tidak menghiraukan siapapun yang berada dalam tren. Mereka bercerita, ketawa dan bercerita lagi, terus ketawa tanpa henti. Sebagai pengembara baru, saya tertanya-tanya sendiri, siapakah kumpulan wanita ‘pelik’ ini? Rupanya, pada hari-hari yang […]

Continue Reading