Ph.D Dengan ‘Fibroid’ (3)

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Ujian, seperti juga kita melihat air hujan. Lebatnya hujan menyebabkan kita tidak mahu berjalan di bawahnya. Kita fikir, kita sakit bila badan lencun di bawah hujan. Waktu kita ada pilihan, kita menunggu hujan teduh dulu, atau kita meredahnya dengan payung melindungi tubuh. Kadang, di saat luar jangka, hujan turun lebat, kita pula perlu cepat, tanpa ada pilihan selain meredahnya hingga ke destinasi yang dituju, mungkin dekat, mungkin jauh. Di akhirnya, kalaupun sakit, kita masih selamat. Kadang dengan rahmatNya, kita selamat bahkan sihat! Begitulah saya melihat fibroid ini. Ianya bukan penyakit. Ianya seperti hujan lebat yang […]

Continue Reading

Ph.D Dengan ‘Fibroid’ (2)

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Badan saya mengalami perubahan terutama di bahagian perut. Awal tahun 2018, perut saya kelihatan seperti mengandung 4 bulan, dan Disember 2018, saya perasan seperti 7 atau 8 bulan mengandung! (baca tentang fibroid) Pernah ketika saya mengajar para pegawai Samsung yang akan dihantar bekerja di Malaysia, saya tiba-tiba mengalami sakit (seperti senggugut) yang amat, terasa kejang kaki dan pinggang. Saya minta izin berhentikan kelas dan suruh suami datang ambil di universiti. Biasanya terjadi sehari dua sebelum kedatangan haid. Namun, ianya tidak berlaku setiap bulan. Tiga kali saya membuat pemeriksaan fibroid di Seoul Medical Centre, daripada 9 cm, ianya […]

Continue Reading

Ph.D Dengan ‘Fibroid’ (1)

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Dalam kehidupan ini, saya tidak pernah menjangkakan dengan serius akan tenggelam dalam dua perkara ‘kronik’ iaitu melakukan Ph.D dan mendapat ketumbuhan tumor luar rahim (Fibroid Myomas). Keduanya terjadi di Seoul, Korea Selatan. Begitulah perancangan Allah SWT ke atas saya, agar dengan cara itu, saya menghargai kehidupan, memperbaikinya setiap hari dan bersyukur. Hari ini, dua perkara kronik itu telah berlalu (secara fizikalnya) dari kehidupan saya. Secara maknawinya pula, ianya tidak pernahpun meninggalkan alam sedar saya; sentiasa menjadi tukang loceng, mengingatkan bahawa ‘sihat itu alatan iman’. Saya kongsikan buat mereka yang mahu menyelami bagaimana rasanya berenang di lautan ujian Ph.D dengan Fibroid. […]

Continue Reading

K – Isteri

Kira-kira 360 hari aku berada di negara kentang dan kubis ini, tidak ada yang paling kurasakan sulit melainkan memaksa diri menjadi ibu seperti ibu-ibu Korea. Seoul, 2018. Aku datang ke Korea mengikut suamiku menyambung Ijazah Doktor Falsafah di sebuah universiti ternama di sini. Suamiku ingin mengejar cita-citanya menjadi pakar lokomotif. Aku, sejak melahirkan anak kedua kami, dengan senang hati meninggalkan pekerjaanku sebagai guru Matematik. Kebetulan pula, suamiku ditawarkan biasiswa oleh Kerajaan Korea. Kukira, tinggal di luar negara dengan hanya fokus kepada suami dan anak-anak, itu lebih membahagiakan daripada mendapat gaji setiap bulan. Perkiraanku sedikit berkurangan ketika melewati hari ke 90 […]

Continue Reading

Habiburrahman El-Shirazy: Anak Santri ke Dunia Filem

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu-Islam di Asia Tenggara, Habiburrahman El Shirazy merupakan salah seorang pengarang yang mempunyai keunikan tersendiri. Pengarang berusia 40 tahun ini telah menghasilkan 10 buah novel berunsurkan Islam. Kesemua novelnya terjual melebihi 50 ribu naskah dan beredar di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Habiburrahman El Shirazy telah mengulangi sejarah pengarang- ulamak, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka yang mempunyai khalayak pembaca di seluruh nusantara khususnya di Malaysia. Kedua pengarang ini mempunyai latar pendidikan Islam yang kuat dan menjadikan novel sebagai alat untuk menyebarkan dakwah. Sumbangan Habiburrahman El Shirazy dalam penulisan novel terserlah melalui novel keduanya, Ayat-Ayat Cinta yang […]

Continue Reading

Suami Isteri, Jiran Paling Dekat Maka..

Beberapa hari lalu, saya berasa dekat dengan maksud Surah Al-Asr : ‘Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan  kebaikan, dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Tegur-menegur antara kami suami-isteri setiap hari berlaku. Selalunya dalam keadaan tenang, dan selalu juga dalam keadaan emosi yang kemudian disusuli dengan maaf-bermaafan. Saya akui, sebagai anak sulung 11 beradik, dan suami anak bongsu, yang hanya dia seorang lelaki, tentulah saya banyak ‘menegurnya’ bak ‘kakak sulung’ kepada ‘adik bongsu’. Tetapi syukurlah kerana bekalan ilmu agama yang dipelajari sejak kecil hingga ke universiti, saya pohon Allah bantu gantikan ‘keegoan […]

Continue Reading

Teman, Cukuplah Kami

SATU Apakah yang akan difikirkan orang dengan hidup susah begini? Sememangnya ini bukan pilihan apatah lagi kemahuan diri saya. Ibu kerjanya meminta sedekah sambil mengendong badan kurus saya di tengah bandar Dhaka. Bapa pula mengayuh beca uzur milik Tuan Syaheed. Anda mungkin memikirkan, dengan pekerjaan bapa itu, ibu tidak sepatutnya menjadi peminta sedekah. Tetapi, dengan upah bapa sebanyak 30 Taka (RM3) setelah dapatan kayuhan diberikan kepada Tuan Syaheed, maka andalah menyimpulkan sendiri bagaimana hanya RM3 dapat menampung hidup kami 4 beranak? Rumah kami ada sekeping zink yang meneduhkan manakala tiangnya adalah empat batang kayu yang ditusuk hujungnya ke dalam tanah. Dinding rumah cuma kain panjang yang […]

Continue Reading

Membaca Karya Sastera di Era Revolusi Industri 4.0

Membaca Karya Sastera di Era Revolusi Industri 4.0 Oleh: Dr Ummi Hani Abu Hassan Tahun 2020 adalah tahun kerancakan penggunaan AI (Artificial intelligence) iaitu salah satu peneraju Revolusi Industri 4.0. AI menjadi saingan kepada manusia kerana kecanggihannya menyelesaikan isu-isu komplek yang diledakkan oleh kemajuan teknologi. Faktor ini turut mengubah sikap, tindakan, dan cara fikir manusia di seluruh dunia menjadi lebih pantas dan sibuk. Revolusi Industri 4.0 adalah rantaian kepada tiga revolusi industri sebelumnya. Revolusi industri pertama dicetuskan oleh penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua menemukan janaan kuasa elektrik dan revolusi industri ketiga dipacu oleh teknologi maklumat dan komputer. Seterusnya, […]

Continue Reading

Falsafah Saya Sebagai Pensyarah: Awan

Saya suka melihat awan. Hanya pengembara atau perantau yang boleh melihat awan dari dekat. Awan meneduhkan bumi. Awan menyaksikan para makhluk bergerak dan diam. Melihat awan dari dekat telah menyedarkan saya bahawa tugas menjadi seorang guru berhubungan dengan awan. Awan-awan ibarat ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Awan yang manakah kita mahu teduhkan ke fikiran para pelajar kita. Saya pencari awan, belajar menjadi awan. Mengapa? Ketika saya baru memulai tugas sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada Oktober 2018, saya bingung. Gara-gara tidak cukup persediaan baik maklumat, pengalaman dan kaedah pengajaran. Justeru, saya menerima komen yang tidak baik […]

Continue Reading

Wanita Korea

Saya selalu terilham melihat wanita-wanita di Korea. Ada pelbagai bentuk imej mereka. Suatu ketika dalam tren di Kota Seoul, saya tersentak oleh ketawa sekumpulan wanita yang berpakaian hampir seragam: topi, jaket nipis, seluar dan beg tangan yang semuanya berwarna-warni. Rambut mereka yang sedikit berjurai dari topi kelihatan sama: kerinting. Wajah mereka melambangkan kekentalan Korea yang asli, tidak terusik oleh pembedahan plastik, ada kedutan tetapi ceria. Suara mereka gamat, tidak menghiraukan siapapun yang berada dalam tren. Mereka bercerita, ketawa dan bercerita lagi, terus ketawa tanpa henti. Sebagai pengembara baru, saya tertanya-tanya sendiri, siapakah kumpulan wanita ‘pelik’ ini? Rupanya, pada hari-hari yang […]

Continue Reading