SAKIT RINDU

Di negara kimci dan kopi yang saling bersaing ini, kutemukan bentuk rindu yang macam-macam. Seperti musimnya yang silih berganti. Dan pakaian orang-orangnya yang mula bertukar. Daun akan hilang. Warna akan pudar .Rindu bergantian. Strawberi akan banyak. Buah durian tetap paling mahal. Anak kecil dan anjing sukakan salji. Orang dewasa menunggu musim bunga. Tukang sapu merasa membersihkan daun daun lebih bahagia berbanding menyapu ketulan ais. Yang hilang akan muncul lagi, hanya sabar menanggung rindu. Rindu segiempat dengan empat musim.

Continue Reading

Rindu Seorang Seon Mi

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Satu Tasik Sanjeong dikawal tiga raksasanya; Gunung Myengseong, Gunung Mangbong dan Gunung Mangmubong. Tiga raksasa itu bertukar-tukar wajah selama musim berganti. Selalunya di musim salju, gunung-gunung menjadi putih dan kaku sehingga tidak berupaya menatang tasik untuk terus menjernih. Waktu itulah, tasik tanpa air yang berkocak diganggu suhu beku, sehingga-hingga tiada orang mahu mendayung dan melepaskan nafasnya ke tasik dan kampungku menjadi sangat sunyi.  Tetapi yang kubanggakan adalah rumput ilalangyang mengelilingi tasik dengan juntaian bebulunya mampu melirik rambut orang dewasa. Pada empat musim yang bergantian, rumput ilalang tidak banyak berubah sifat. Akarnya tetap meninggikan dahan dan ranting […]

Continue Reading