Kematian Yang Kita Ingin Lari…

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu kendatipun kamu (berada) di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh”. (Surah An -Nisa : 78). Hujung Disember 2019, ketika salju sedang jatuh di negara-negara bercuaca empat musim, ianya bagai hawa dingin yang menyejukkkan warga dunia tentang kehadiran makhluk ‘kecil’ yang berukuran 800 kali lebih halus daripada sehelai rambut. Wuhan, tempat pertama yang ‘diziarahi’ si halus ini menjadi gempar, berita tentangnya tersebar pantas. Selain China dan Taiwan, negara-negara lain menilai ‘si halus’ sebagai ‘tidak begitu berbahaya.’ Masakan tidak, para pelancong China termasuk dari Wuhan masih dapat melakukan […]

Continue Reading

Rindu Seorang Seon Mi

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Satu Tasik Sanjeong dikawal tiga raksasanya; Gunung Myengseong, Gunung Mangbong dan Gunung Mangmubong. Tiga raksasa itu bertukar-tukar wajah selama musim berganti. Selalunya di musim salju, gunung-gunung menjadi putih dan kaku sehingga tidak berupaya menatang tasik untuk terus menjernih. Waktu itulah, tasik tanpa air yang berkocak diganggu suhu beku, sehingga-hingga tiada orang mahu mendayung dan melepaskan nafasnya ke tasik dan kampungku menjadi sangat sunyi.  Tetapi yang kubanggakan adalah rumput ilalangyang mengelilingi tasik dengan juntaian bebulunya mampu melirik rambut orang dewasa. Pada empat musim yang bergantian, rumput ilalang tidak banyak berubah sifat. Akarnya tetap meninggikan dahan dan ranting […]

Continue Reading

PKP: Masa Untuk Mendalami Diri

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung sehingga 28 April 2020. Sudah 25 hari saya menjadi seseorang yang ‘banyak berfikir’ tentang masa lalu; memori, cabaran, pengharapan, kesilapan, nikmat, ujian dan titik perubahan. Saya bagai dipertontonkan kisah-kisah yang belum sempurna untuk menjadi novel atau sebuah cerpen pun. Kisah dahulu dan bakal dilalui banyak tersasar dari plot dan pengakhiran yang diharapkan. Sesungguhnya, ada benang-benang kekurangan yang berpunca dari ego, jahil dan mazmumah insani, yang tidak lepas menghantui diri. Waktu yang tidak ‘laju’ di musim PKP, pelbagai bacaan dapat ditekuni. Al-Quran menjadi penghulu segala sumber jiwa. Al-Quran mendorong kita untuk […]

Continue Reading

Kapsyen

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Kapsyen Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Jalan di Medan Mahyudin setiap hari dipadati ragam makhluk yang hidup dalam dunia masing-masing.  Seorang lelaki tua, keluar dari Jamik Hanabilah, di tangannya adalah tongkat dan tasbih. Dalam pakaian musim sejuk, terhinggut-hinggut membawa kakinya mendaki lereng Suq Jumaat. Rumahnya terletak di jadat yang agak tinggi. Tetapi dia percaya, setiap gerakan kaki, sepicing sedutan nafas, dan patah-patah zikir di bibirnya akan dikira ibadah. Ketuaan dan keuzuran akan memberi bonus kepadanya. Pandangan Pencipta kepadanya adalah rasa belas dan cinta. Dia tidak menghiraukan apapun di sekelilingnya melainkan dia mencintai Penciptanya dan PenciptaNya […]

Continue Reading

Pandemik: Mereka Yang Teruji Dua Kali Ganda

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan India, Indonesia dan Bangladesh antara negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia. Penduduk India berjumlah 1.339 bilion, rakyat Indonesia dengan 267 juta orang dan Bangladesh berpenduduk 168 juta orang. Kesamaan tiga buah negara ini adalah ketiga-tiganya lewat mengisytiharkan ‘shutdown’ selepas pandemik Covid 19 menjarah negara-negara dunia mulai Januari 2020. Indonesia memulakan langkah kawalan pergerakannya di Jakarta mulai 21 Mac 2020 diikuti India pada 24 Mac 2020 dan Bangladesh pada 25 Mac 2020. Sulit mengatakan tiga negara ini ‘menggadaikan’ nyawa ratusan juta rakyat mereka kepada pandemik, kerana isu yang lebih penting sekiranya shutdown atau lockdown dimeritkan lebih […]

Continue Reading

Selamat Hari Lahir ke 60 Mak!

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Untuk menulis tentang mak, saya tercari-cari perkataan yang sesuai. Sulit menemukan satu kata yang boleh menjelaskan kasih-sayang, pengorbanan, cinta dan anugerah seorang ibu. Satu-satunya manusia yang paling banyak dicintai manusia lain adalah seorang ibu. Dalam Islam, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya mendahulukan ibu daripada ayah melalui sabda baginda SAW yang bermaksud: “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ […]

Continue Reading

Putik Qunaitara

Oleh :Ummu Hani Abu Hassan “Anakku, aku ibumu ingin berpesan. Jika berjalan, peganglah tanganku erat-erat.” Ibu menghembus dahiku, anak rambut berwarna perang terkibas ke atas. Topi berjambul biru masih lekap mendinding dingin kepala. Ibu menarikku dekat ke sisinya. Jemari kami berangkulan ketika melintas jalan menuju ke Jisr Rais. “Wajah Dimasyq cepat malap di musim dingin. Aduh! Kita selalu berkejar dengan masa sayang.” Ibu makin erat menggenggam tanganku. Memandang sekeliling, semua manusia seperti ibu. Berjalan tangkas ke depan, menunu dan  meluru langsung tidak menghiraukan orang lain. Aku jika tidak dipeluk ibu, sudah tertiarap di tubir tangga jejantas. Apakah orang-orang dewasa mempunyai perasaan seperti […]

Continue Reading

Keinginan-Keinginan Manusia Pengarang..

‘Rumah Keinginan’ dalam Cerpen Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Bachelard (1969) mengatakan rumah atau kediaman adalah alam semesta pertama manusia. Bagaimanapun rupa bentuk dan ruang fizikalnya, rumah menumbuhkan akar dan tunas pengalaman, semangat, cita-cita, keinginan, perasaan dan kenangan kita. Manusia memiliki pelbagai maksud rumah sesuai dengan latar-belakang dan usia mereka. Tetapi, rumah yang sebenar adalah tempat atau tujuan di mana mereka berusaha untuk kembali. Di rumah itu, manusia menemukan keinginan dan diri mereka sendiri. Al-Ghazali (dlm Abdur Rahman 2012) membahagikan keinginan manusia kepada keinginan yang berunsurkan ketuhanan dengan keinginan yang berunsurkan kebinatangan. Inilah pencarian utama dalam empat buah cerpen yang […]

Continue Reading