Sabar Itu Cantik

Sabarlah menghitung hari-hari yang tepat. Hari-hari yang Tuhan janjikan untuk doa menjadi nyata. Sabarlah menunggu dengan hati, bersangka baik. Bukankah Dia telah berjanji: ‘Berdoalah padaKu, nescaya Aku akan makbulkan.” […]

Belajar Daripada Proses..

Apabila membelek buku-buku baharu di pasaran, hati berasa kagum kepada sang penulis, sekalipun belum membaca kandungannya. Tambahan jika penulis dapat menghasilkan 2-3 buku baharu dalam tahun yang sama. Hanya yang luar biasa mampu melakukannya! Menulis buku; genre ilmiah atau kreatif akan melalui ‘proses berat’ yang sama. Proses ini dinamakan sebagai ‘Proses Kreatif’ dengan dua elemennya […]

Yang Pakar..

Kalau nak tahu luasnya padang, tanyalah belalang.Kalau nak tahu banyaknya teluk, tanyalah siput.Kalau nak tahu luasnya kolam, tanyalah katak.Kalau nak tahu luasnya laut, tanyalah ikanKalau nak tahu tingginya gunung, tanyalah helangKalau nak tahu dalamnya lubuk, tanyalah memerangKalau nak tahu dalamnya laut, tanyalah yu.Kalau nak tahu panjangnya pantai, tanyalah camarKalau nak tahu putihnya pasir, tanyalah penyuKalau […]

Selamat Ulangtahun Laman Webku..

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Sudah berminggu-minggu saya ingin menulis sesuatu di sini; khusus sempena ulangtahun pertama laman web drummihani.com. Saya menemukan beberapa judul entry yang ‘mewah maklumat’ tetapi semuanya terkalung indah di fikiran. Sahaja. Tetapi saya tidak mahu dikalahkan oleh alasan lagi. Saya teruja membaca proses-proses kreatif para sasterawan di seluruh dunia, dan saya […]

Ruang Masa

Yang mengganggu ruang diri adalah masa. Sungguh kepentingannya dalam hidup manusia telah disebutkan dalam Surah Al-Asr. Masa adalah harta paling asas yang kita ada. Satu saat masa bila nak diagihkan ia akan berkait dengan seluruh yang kita ada; misalnya jika saya berikan masa saya kepada anak ketiga, saya akan mengenepikan seketika anak pertama dan kedua. […]

Awan Kembara Bangladesh

“Senyum pada awan” adalah ayat pertama saya dalam Novel Baromkeh, Matamu di Mataku (2008). Pertengahan Disember 2005, saya dan dua rakan terbang ke Damsyik, Syria untuk belajar Bahasa Arab selama dua bulan. Syria ketika itu belum terlibat dalam konflik perang saudara. Kembara di Damsyik adalah permulaan ‘ketagihan’ saya untuk melihat awan dan memaknai hikmah musafir. […]

Menjadi Perindu Jauh

Di dalam rumah 24 jam. Fikiranku terbang. Ke daerah-daerah yang pernah kulalui dalam takah umurku 23 tahun. Aku rindukan lorong-lorong di Jaddat Salamiyeh, Suq Jum’ah dan Pekan Baromkeh. Tempat tersusah untuk aku berangan-angan ke sana lagi. Bumi Damascus yang menyambutku akhir tahun 2005. Sejuk anginnya. Ya Allah.. aku mahu ke sana..bawalah aku ke sana lagi.. […]

Di Sela Melihat ke Jendela

Aku seperti nampak keriuhan anak-anakku, anak-anak jiranku berlarian di halaman surau depan rumah. Bermain girang, bergaduh dan menangis, main semula. Mereka datang ke rumahku, meminta air. Hanya air sejuk menghilang penatnya berlari dan mengejar. Dua anakku mengambil cawan untuk teman-temannya. Cawan dengan air kosong sahaja, tetapi mereka bahagia. Mereka sambung main di halaman rumahku pula. […]

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke ??? Buat Diriku..

Akhirnya, aku telah bertemu perasaan ‘orang-orang’ yang memejamkan mata mereka terhadap ‘angka umur’. Aku juga tidak silu lagi mengatakan, ‘Ah, umur hanyalah angka..’ Hampir tidak percaya, aku jadi gembira kepalang, seakan mendapat hadiah apabila rakan baikku ‘tersalah’ angka ketika mengucapkan ‘Selamat hari lahir Ummu yang ke 35..’ pagi tadi. Seperti jasad fizikal yang menghampiri ke […]

Korea, Negara Bebenang Ilham

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Tidak ada satu cerpen pun saya tulis ketika merantau selama empat tahun enam bulan di Seoul, Korea. Setelah kembali ke tanah air, saya telah menulis enam buah cerpen dan sebuah novel berlatar-belakangkan negara yang digelarkan ‘sejuta payung’ di musim hujan. Tidak menulis bukan bermaksud saya melepaskan perca-perca idea, tetapi ianya […]