Sesekali diriku pulang ke daerahnya yang paling dalam, menggali ruang-ruang hati yang layu, tidak bersiram. Lama aku di sana, tidak berteman. Menunggu baja bernama iman.
Read moreSalam Maal Hijrah 1442
Tahun baru umat Islam adalah tahun hakiki kita untuk (berusaha) menjadi hamba dan khalifahNya yang lebih baik. Sungguh penat perjuangan menjadi orang yang baik, bagai berenang di lautan, mereka yang tanpa iman pasti tenggelam, bahkan yang mempunyai iman juga, kadang berjaya kadang kalah dengan arus dunia yang dahsyat. Saya tidak menyeru orang lain lebih banyak…
![]()
Air Terjun di Korea..
Hari ini bawa anak-anak mandi air terjun di Yangpyeong kira- kira 63km dari rumah. Berjanji dengan keluarga Kak Siti dan Kak Sal dari Daejon. Bertemu tiga keluarga di kaki gunung Chungwon dengan 8 kanak-kanak dan 1 bayi Provinsi Gyeongggi yang menjadi tempat tadahan hujan di Korea sangat kaya dengan sumber alami. Di daerah ini ada…
Read moreDi Atas Langit Incheon
Di Atas Langit Incheon Salah-satu nikmat yang besar tinggal di perantauan adalah menerima kunjungan ibubapa dan sanak saudara. Bermula dengan kedatangan abah dan emak pada Oktober 2015, kami menyambut ramai tetamu di Seoul. Perkara yang membahagiakan adalah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, berdiri di ruang ketibaan dan menunggu keluarga dari tanah air muncul. Saat…
Read moreSetelah Aku Meninggalkan Katil Itu..
Katil itu, tiada sesiapa menginginkannya. Hanya insan yang ditakdirkan untuk bermalam di atasnya, akan merelakan diri. Di atas katil itulah, aku duduk, tenang. Di atas katil itu juga, aku berbaring damai. Di katil itu, pada jam 1 pagi 11 Jun 2020, aku mula merasa aneh, rasa tidak enak di perut dan pundi hingga aku berulang-kali…
Read moreKebiasaan Tauge..
Tauge antara sayur yang saya kurang gemar. Saya makan tauge ketika tiada pilihan sayur lain. Selama tinggal di Korea lebih 4 tahun, saya menyedari tauge mempunyai kedudukan ‘khusus’ dalam masyarakat Korea terutama di rumah-rumah makannya. Tauge mungkin ‘nampak’ selekeh kerana menjadi hidangan ‘percuma’ atau ‘banchan’; hidangan sampingan yang berulang-kali boleh ditambah, tanpa bayaran. Tauge diibaratkan…
![]()
Covid 19 dan Sensitiviti Penulis
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Allah SWT Maha Hebat. Salah satu kehebatan-Nya adalah menjadikan unsur sensitiviti dan kreativiti dalam jiwa manusia. Golongan penulis adalah manusia yang menghargai kedua anugerah ini. Mereka menggunakan bakat, ketajaman sensitiviti dan kreativiti untuk menafsir kehidupan. Dari sudut psikologi, sensitiviti adalah respon terhadap sesuatu kejadian yang menyentuh elemen-elemen kejiwaan. Sensitiviti membuatkan…
![]()
Yang Bernama Makhluk
Sahabat saya berkongsi pengalamannya berbuka puasa di tempat kerja. Menurutnya, ada pekerja Melayu yang ‘tidak lalu’ berbuka dengan para pekerja Bangladesh kerana ‘cara makan’ yang berbeza. Para pekerja Bangladesh, mereka makan dengan menggaul nasi dan semua lauk lalu makan dengan seluruh tangan (sekepal-sekepal).Spontan saya menjawab, “Bersyukurlah. Di negara mereka, ramai yang tidak dapat makan langsung.”…
Read moreLorong-Lorong Sepi
Betapa hidup ini penuh perjuangan. Berselirat dengan nafsu dan syaitan yang telah berjanji menyesatkan manusia. Kadang kita menang, kadang lelah dan jatuh di lautan dosa. Kadang bukan kita, tetapi orang-orang berdekatan kita, yang impaknya terkena juga pada kita. Aduhai, benarlah Sabda Rasul yang bermaksud bahawa kehidupan bagi Mukmin itu bagai penjara. Disekat oleh keinginan yang…
Read moreCerita Sebelum Bersalin
Pengalaman mengandung dan bersalin tidak boleh dibandingkan dengan orang lain. Sebagaimana Allah SWT menciptakan kehidupan seorang manusia, tidak akan sama dengan manusia lain hatta mereka adalah pasangan kembar. Itulah lambang kebesaran Allah SWT. Dia menciptakan sesuatu yang berbeza untuk memilih yang paling sempurna (taqwa): “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan…
![]()