Pertemuan Yang Pernah Diniatkan

Perlahan-lahan daku menyedari bahawa masa begitu pantas. Paradoks ini berpunca dari tidak siapnya daku terhadap keutamaan meletakkan yang utama di atas hak yang lain. Namun, kuasa niat atau kuasa doa memang telah dijanjikanNya kepada manusia Muslim, mafhum Hadith Baginda Mulia Nabi Muhammad SAW, ‘Doa itu adalah senjata mukmin.’ Baru-baru ini, aku berkenalan dengan Jannah. Dia…

Loading

Read more

Tiada ‘Soft Power’

Dalam menjelaskan tentang Negara Malaysia dan Indonesia kepada para mahasiswa Korea, saya menekankan kepada dua kata kunci utama iaitu ‘kinship’ (persaudaraan) dan daulat. Kerana dua perkara ini , kedua-dua negara dilihat mempunyai hubungan yang istimewa di balik pelbagai isu yang rencam dan tidak menyeronokkan. Ada banyak negara yang mempunyai ‘hubungan istimewa’ lebih sekadar diplomatik antaranya…

Loading

Read more

Subjektif

Untuk kesekian kalinya, diriku tidak pernah menyesal untuk memulai semula yang bernama tulisan. Yang menjadi sulit untuk menulis bukanlah masa dan rutin, tetapi sikap yang berangkat dari sifat mazmumah. Ku katakan kepada diri, masa tidak pernah berubah konsep kerjanya, tetapi manusia dengan perubahan yang paling sulit dijelaskan, akan mencipta pelbagai alasan melindungi kekaburan diri terhadap…

Loading

Read more

Berjalan dan Menoleh di Gunung Cheongjang

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Aku banyak berjalan sejak menghuni Dongdaemon Gu, salah satu kota besar di Seoul. Pernah suatu petang, aku tersesat jalan dan memakan hampir (atau lebih) 5 kilometer untuk sampai ke rumah. Perjalanan petang ini tidak dapat kulupakan dan paling bersejarah sejak aku menetap di Seoul. Aku rupanya dibawa arah ke Gunung…

Loading

Read more

Ruang Ramadan di Seoul

Oleh: Ummu Hani Abu Hassan Sudah kami lalui dua tahap Ramadan menuju ke minggu terakhir, sungguh pantas dan mencemaskan. Kereta KIA Morning yang kami sewa sebulan ini benar-benar kami manfaatkan, sering membawa kami ke laman Masjid Itaewon, mengusir desir dingin yang belum menghilang. Saya dan suami sebaik mungkin mencermati permintaan Darda’ terutamanya untuk makanan pilihan…

Loading

Read more

Hijrah Kedua

Kami mulai langkah baharu dengan Bismillah. Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mengapa pergi? Jawapannya adalah mencari Cinta di atas cinta. Merawat diri dan hati. Mengembara, berkelana dengan tawakal paling dalam. Sebenarnya, ianya tidak semudah itu. Bilah-bilah hari berlalu antara tahun 2020 hingga akhir 2022 saya lalui dengan payah. Kekuatan pada masa itu adalah…

Loading

Read more

Perasaan ‘Yang Darurat’

Baru-baru ini aku telah membaca sebuah cerpen dari penulis yang aku senangi tulisannya sejak dulu. Cerpen itu berjudul ‘Sekilas…Aku pun Jatuh Cinta.’ Penulisnya, Zainal Rashid Ahmad atau sekarang popular dengan gelar Haji ZRA. Cerpen ini bertemakan cinta romantik. Namun bila membacanya, aku mahu membaca lagi kerana cinta romantik yang dikemukakan penulis amat sadis. Sadis gila!…

Loading

Read more

Aku Sepatutnya Memulakannya Semalam..

Semalam adalah 2 Januari 2023. Semalam adalah ulangtahun hari kelahiranku yang ke 40. Ya Allah, di mana saat itu tiba aku berpesan pada diri; hadiah yang sebenar-benarnya hadiah adalah umur yang bergerak, menandakan aku masih bernyawa untuk mengumpul sebanyaknya amalan untuk bertemu Pemilik umurku. Jadi, aku tidak begitu peduli jika tidak mendapat hadiah dari manusia…

Loading

Read more

Berubah Kerana Covid 19

Sesiapapun tidak menjangkakan Tahun 2022 akan berlangsung seperti yang kita semua, di seluruh dunia mengalaminya sekarang. Hidup menjadi sukar tanpa pelitup muka, vaksinasi, penjarakan sosial dan norma baharu. Jauh lebih parah, kita tidak sebebas ketika Covid 19 belum muncul. Kita semua ibarat banduan yang hanya menerima arahan dari segenap sudut. Antara percaya atau tidak, Malaysia…

Loading

Read more

Balik Kampung Untuk ‘M’

Beberapa hari yang lalu, emak berkata, “Nanti balik kampung masa mengundi..” Saya mendengarnya lebih kepada pesanan emak untuk balik kampung, bukan kerana mengundi. Jika tiada PRU pun memang emak suka kami balik ke kampung. Dan kerana cuti begitu terbatas serta memerlukan asbab, maka mengundi menjadi modal untuk kami balik ke kampung lagi; menambah jumlah kekerapan…

Loading

Read more