Saturday, June 6 2026

Author: admin

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Kira-kira 83 tahun lalu, Allahyarham Abdul Karim Amrullah atau Hamka meninggalkan fenomena novel cinta Islami yang kemudiannya diikuti sebahagian penulis Malaysia dan Indonesia sehingga kini. Bermula pada 1936 sehingga 1939, Hamka telah menulis tiga buah novel yang berfokuskan cinta dan Islam. Novelnya yang pertama, Di Bawah Lindungan Kaabah (Balai Pustaka, 1936) mengisahkan

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Seperti polis yang memburu penjenayah dan askar yang menewaskan musuh negara, begitulah peranan seorang doktor selepas Virus Covid 19 tersebar di seluruh dunia. Para doktor kini menjadi panglima perang di barisan hadapan, menangani musuh yang tidak nampak di mata. Pandemik Covid 19 ibarat  penjahat baharu dengan taktik yang lebih halus, meresapi

Loading

Tuhan memberi kami pengajaran supaya tidak menzalimi makhlukNya walaupun sikecil kumbang. kami memujuk Darda’ agar melepaskan dua ekor kumbang yang dibeli di pasaraya. “Darda’ jika ada orang ambil Darda’ dan pisahkan daripada abi dan umi, Darda’ menangis tak?” Dia mengangguk. “Begitulah juga kumbang tu, dia pun sedih sebab dipisahkan daripada anak-anaknya..” Hati anak kecil yang suci.

Pengalaman. terkandung di dalamnya kerinduan, kebencian, pahit, ketakutan, kesakitan, kemanisan, Saya teringat ketika tidur di sebelah tok. Saya menyuruh tok berbaring hanya mengadap saya, bukan adik saya. Umur waktu itu 4 atau 5 tahun. Kini Tok Piah sudah di sisi Allah SWT.  Saya kenangkan waktu-waktu sakit dulu, pahitnya masih berbekas. Saya lari peluk tokwan dan mak,

Hari ini, saya masuk ke Keywest Coffe untuk menulis ‘sedikit’ tesis. Tetapi saya memilih minum secawan coklat berharga 3800 won. Untuk harga itu, saya merasai coklat yang nikmat dan beberapa baris tesis dengan jumlah masa hampir 4 jam.  Ditemani suara-suara unik ciptaan Tuhan. Dengan lebih 10 manusia bertukar ganti duduk di kerusi, lebih 10 nada

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Saya disapa oleh mata-mata yang ramah, dengan bibir manis senyuman, walaupun wajah mereka menanggung sakit dan letih. Para pesakit di Wad Kenanga, semuanya wanita. Pelbagai bangsa dan peringkat usia. Seorang wanita berusia awal 30-an kelihatan letih. Dia sedang mengandung dan demamnya tidak kebah. Sebelum ini, dia sudah dua kali keguguran. Bersih

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Ujian, seperti juga kita melihat air hujan. Lebatnya hujan menyebabkan kita tidak mahu berjalan di bawahnya. Kita fikir, kita sakit bila badan lencun di bawah hujan. Waktu kita ada pilihan, kita menunggu hujan teduh dulu, atau kita meredahnya dengan payung melindungi tubuh. Kadang, di saat luar jangka, hujan turun lebat,

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Badan saya mengalami perubahan terutama di bahagian perut. Awal tahun 2018, perut saya kelihatan seperti mengandung 4 bulan, dan Disember 2018, saya perasan seperti 7 atau 8 bulan mengandung! (baca tentang fibroid) Pernah ketika saya mengajar para pegawai Samsung yang akan dihantar bekerja di Malaysia, saya tiba-tiba mengalami sakit (seperti senggugut)

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Dalam kehidupan ini, saya tidak pernah menjangkakan dengan serius akan tenggelam dalam dua perkara ‘kronik’ iaitu melakukan Ph.D dan mendapat ketumbuhan tumor luar rahim (Fibroid Myomas). Keduanya terjadi di Seoul, Korea Selatan. Begitulah perancangan Allah SWT ke atas saya, agar dengan cara itu, saya menghargai kehidupan, memperbaikinya setiap hari dan bersyukur. Hari ini, dua

1 8 9 10 11