Saturday, June 6 2026

Month: March 2020

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Saya disapa oleh mata-mata yang ramah, dengan bibir manis senyuman, walaupun wajah mereka menanggung sakit dan letih. Para pesakit di Wad Kenanga, semuanya wanita. Pelbagai bangsa dan peringkat usia. Seorang wanita berusia awal 30-an kelihatan letih. Dia sedang mengandung dan demamnya tidak kebah. Sebelum ini, dia sudah dua kali keguguran. Bersih

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Ujian, seperti juga kita melihat air hujan. Lebatnya hujan menyebabkan kita tidak mahu berjalan di bawahnya. Kita fikir, kita sakit bila badan lencun di bawah hujan. Waktu kita ada pilihan, kita menunggu hujan teduh dulu, atau kita meredahnya dengan payung melindungi tubuh. Kadang, di saat luar jangka, hujan turun lebat,

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Badan saya mengalami perubahan terutama di bahagian perut. Awal tahun 2018, perut saya kelihatan seperti mengandung 4 bulan, dan Disember 2018, saya perasan seperti 7 atau 8 bulan mengandung! (baca tentang fibroid) Pernah ketika saya mengajar para pegawai Samsung yang akan dihantar bekerja di Malaysia, saya tiba-tiba mengalami sakit (seperti senggugut)

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Dalam kehidupan ini, saya tidak pernah menjangkakan dengan serius akan tenggelam dalam dua perkara ‘kronik’ iaitu melakukan Ph.D dan mendapat ketumbuhan tumor luar rahim (Fibroid Myomas). Keduanya terjadi di Seoul, Korea Selatan. Begitulah perancangan Allah SWT ke atas saya, agar dengan cara itu, saya menghargai kehidupan, memperbaikinya setiap hari dan bersyukur. Hari ini, dua

Kira-kira 360 hari aku berada di negara kentang dan kubis ini, tidak ada yang paling kurasakan sulit melainkan memaksa diri menjadi ibu seperti ibu-ibu Korea. Seoul, 2018. Aku datang ke Korea mengikut suamiku menyambung Ijazah Doktor Falsafah di sebuah universiti ternama di sini. Suamiku ingin mengejar cita-citanya menjadi pakar lokomotif. Aku, sejak melahirkan anak kedua

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu-Islam di Asia Tenggara, Habiburrahman El Shirazy merupakan salah seorang pengarang yang mempunyai keunikan tersendiri. Pengarang berusia 40 tahun ini telah menghasilkan 10 buah novel berunsurkan Islam. Kesemua novelnya terjual melebihi 50 ribu naskah dan beredar di Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Habiburrahman El Shirazy telah mengulangi sejarah pengarang- ulamak, Haji Abdul

Beberapa hari lalu, saya berasa dekat dengan maksud Surah Al-Asr : ‘Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan  kebaikan, dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Tegur-menegur antara kami suami-isteri setiap hari berlaku. Selalunya dalam keadaan tenang, dan selalu juga dalam keadaan emosi yang kemudian disusuli dengan maaf-bermaafan.

SATU Apakah yang akan difikirkan orang dengan hidup susah begini? Sememangnya ini bukan pilihan apatah lagi kemahuan diri saya. Ibu kerjanya meminta sedekah sambil mengendong badan kurus saya di tengah bandar Dhaka. Bapa pula mengayuh beca uzur milik Tuan Syaheed. Anda mungkin memikirkan, dengan pekerjaan bapa itu, ibu tidak sepatutnya menjadi peminta sedekah. Tetapi, dengan upah bapa sebanyak

Membaca Karya Sastera di Era Revolusi Industri 4.0 Oleh: Dr Ummi Hani Abu Hassan Tahun 2020 adalah tahun kerancakan penggunaan AI (Artificial intelligence) iaitu salah satu peneraju Revolusi Industri 4.0. AI menjadi saingan kepada manusia kerana kecanggihannya menyelesaikan isu-isu komplek yang diledakkan oleh kemajuan teknologi. Faktor ini turut mengubah sikap, tindakan, dan cara fikir manusia

Saya suka melihat awan. Hanya pengembara atau perantau yang boleh melihat awan dari dekat. Awan meneduhkan bumi. Awan menyaksikan para makhluk bergerak dan diam. Melihat awan dari dekat telah menyedarkan saya bahawa tugas menjadi seorang guru berhubungan dengan awan. Awan-awan ibarat ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Awan yang manakah kita mahu teduhkan ke fikiran

Loading

1 2 3